Anwar Ibrahim

711 Voos
Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

@anwaribrahim

Perdana Menteri Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Malaysialinktr.ee/anwaribrahimofficialIngressou em marรงo de 2026
Kemajuan sesebuah negara bukan sekadar diukur pada pencapaian ekonomi, kecanggihan teknologi atau bangunan yang mencakar langit namun disertai pengukuhan akhlak, nilai kemanusiaan, budaya ilmu dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat. Dalam mendepani dunia yang semakin mencabaโ€ฆ
Dalam jawapan saya di Dewan Negara hari ini, saya menjelaskan bahawa kes eFishery merupakan dakwaan penipuan korporat yang turut menjerat pelabur terkemuka dunia seperti Temasek, SoftBank dan 42XFund. KWAP bukan satu-satunya pelabur yang terkesan. Walaupun kerugian pelaburan ituโ€ฆ
Menghadiri Malam Wartawan Malaysia MPI 2026 sebagai tanda penghargaan kepada seluruh pengamal media yang saban hari menggalas amanah menyampaikan maklumat yang benar dan bermanfaat kepada rakyat. Tahniah kepada Sinar Harian atas kejayaan meraih Anugerah Kajai, anugerah kewartawanโ€ฆ
Alhamdulillah. Di celah jadual hari ini, sempat menikmati makan tengah hari di Restoran Suhada, Nilai dan menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat. Kepada para murid dan bakal guru, teruslah mengejar ilmu dengan tekun, membina sahsiah yang baik dan menggalas amanah peโ€ฆ
Saya sempat berhubung menerusi telefon dengan wakil masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran yang hadir di kediaman saya petang tadi. Saya mendengar permasalahan yang dihadapi mereka terkait pertikaian tanah selain penahanan tiga penduduk Orang Asli dari kampung mereka.โ€ฆ
Alhamdulillah, anggaran awal Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2026, lebih kukuh berbanding 5.4 peratus pada suku sebelumnya serta mengatasi unjuran median ahli ekonomi sebanyak 5.2 peratus. Ekonomi neโ€ฆ
Usai sesi Temu Anwar Bersama Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik Nilai, saya sempat singgah di Restoran Suhada untuk menikmati makan tengah hari dan bertemu masyarakat setempat. Saya kemudian menunaikan solat Jumaat bersama-sama jemaah setempat di Masjid Dato Penghulu Menteri Sโ€ฆ
Asas kepimpinan bermula dengan sikap untuk tidak cepat berpuas hati dengan pencapaian sendiri. Inilah semangat itqan fil โ€™amal yakni menyempurnakan setiap amanah dan pekerjaan sebaik mungkin, sambil terus memperbaiki diri dalam ilmu, akhlak, ibadah, pendekatan mengajar dan mutu kโ€ฆ
Sewaktu bertemu para kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam, saya tekankan bahawa amanah sebagai penjawat awam menuntut integriti, kecekapan, keberanian melakukan perubahan serta iltizam untuk sentiasa meletaโ€ฆ
Alhamdulillah, saudara Aminuddin Harun atau Tok Min telah memimpin Negeri Sembilan sejak 2018 dengan amanah, sederhana dan berintegriti. Hasil keserasian antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, banyak usaha pembangunan telah dilaksanakan demi manfaat rakyat, dan masih bโ€ฆ
Menerima kunjungan hormat daripada delegasi Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) diketuai Presidennya, Prof ChM Dr Juan Joon Ching. Kami bertukar pandangan mengenai usaha membangunkan bakat serta meningkatkan kesiapsiagaan golongan profesional dalam era kecerdasan buatan (AI). Ikhtiarโ€ฆ
I mourn today the passing of a dear friend, Professor John L. Esposito, one of the worldโ€™s foremost scholars of Islam. I first came to know John in the early 1970s, and our friendship endured for more than five decades since. John built the intellectual foundations for a deeperโ€ฆ
Institusi Raja tidak harus sama sekali dijadikan bahan kempen atau polemik politik. Menjunjung dan memelihara kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan adalah tanggungjawab kita semua. Saya menyeru semua pihak agar tidak mengheret institusi Raja ke dalam kancah Pilihan Raya Negerโ€ฆ
Sekitar penamaan calon HARAPAN bagi mendepani Pilihan Raya Negeri Sembilan. Saya merayu kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan agar sekali lagi memberikan mandat lebih kukuh kepada HARAPAN. Marilah kita pertahankan kestabilan yang telah dibina, meneruskan pembangunan yang sedanโ€ฆ
Tengah hari tadi saya dan Azizah berpeluang meraikan 700 anak-anak pelajar Wilayah Persekutuan daripada keluarga memerlukan, yang menerima sumbangan khas menerusi program A Celebration of Life and Peace anjuran ERM Foundation. Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ERMโ€ฆ
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini, yang meneliti agenda memperkukuh daya saing sektor agromakanan negara bagi menjamin keterjaminan makanan serta meningkatkan kesejahteraan petani, pesawah, penternak dan nelayan. Mesyuaraโ€ฆ
Pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tenaga Negara Bilangan 1 2026 bagi memastikan agenda peralihan tenaga negara terus dilaksanakan secara tersusun dan berimpak berdasarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Setakat Disember lalu, kita telah meningkatkanโ€ฆ
Alhamdulillah, malam tadi saya telah memperkenalkan calon-calon HARAPAN yang akan menggalas amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan. Sepanjang bekerja bersama saudara Aminuddin Harun, saya melihat seorang Menteri Besar yang mengutamakan amanah. Beliau tidak banyak berbiโ€ฆ
Merafak sembah salam takzim dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โ€˜Ali Saifuddien Saโ€™adul Khairi Waddien, Sultanโ€ฆ
Negeri Sembilan terus melakar satu lagi lembaran penting dalam perjalanan pembangunan negara apabila Projek Midport Smart AI Port di Mukim Pasir Panjang, Port Dickson dimulakan secara rasmi hari ini. Pelabuhan pintar berteraskan kecerdasan buatan ini bukan sekadar memperkukuh kedโ€ฆ
Dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, keutamaan Kerajaan adalah memastikan rakyat terus dilindungi melalui bekalan yang mencukupi, harga yang munasabah serta kestabilan pasaran. Pada masa sama, sokongan kepada industri dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS) terus dโ€ฆ
Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand (ZEB) bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi membuka lembaran baharu pertumbuhan yang lebih seimbang dan inklusif. Semuanya dirancang bagi memperkukuh jaringan perdagangan, logistik dan pelaburan serantau dan pada masa yangโ€ฆ
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) petang tadi yang antara lain membincangkan kedudukan semasa keterjaminan makanan negara. Alhamdulillah, bekalan makanan ruji ketika ini stabil dan mencukupi. Keutamaan Kerajaan adalah memastikan bekalan terus terjamiโ€ฆ
Mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam dan kami bertukar pandangan mengenai hubungan Malaysia-Singapura, perkembangan serantau serta pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama. Bicara kami turut menyentuh perkembangan positif dalam usahโ€ฆ
Mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam dan kami bertukar pandangan mengenai hubungan Malaysia-Singapura, perkembangan serantau serta pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama. Bicara kami turut menyentuh perkembangan positif dalam usahโ€ฆ
Mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam istiadat sambutan rasmi ke atas tamu kenegaraan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Negara. Saya kemudiannya menyertai Seri Paduka Bagindaย dalam pertemuan bersama Presidenย Tharman seโ€ฆ
On behalf of Malaysia, I extend my deepest condolences to His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, the Qatari Royal Family, and the people of the State of Qatar on the passing of His Highness the Father Amir, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani. During his 18 years as Amir, Sโ€ฆ
Tahniah kepada Barisan Nasional atas mandat yang diberikan rakyat Johor. Semoga amanah ini dipikul dengan sebaik-baiknya demi kepentingan negeri dan rakyat. Pilihan raya dan pesta demokrasi telah pun melabuhkan tirainya. Kini adalah masa untuk kita melangkah ke depan, mengutamaโ€ฆ
Semoga pembukaan jajaran jalan baharu menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand ini membuka ruang kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat serta manfaat yang lebihโ€ฆ
Kunjungan Kenegaraan PM Anutin Charnvirakul ke Malaysia membuka lembaran baharu dalam hubungan yang sekian lama terjalin antara dua negara sahabat. Malaysia dan Thailand akan terus memperkukuh kerjasama selain bertekad mempercepat pelaksanaan pelbagai inisiatif yang telah dipeโ€ฆ
Hadir ke acara terakhir berkempen di negeri Johor dengan turun memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan saudari Sharon Teo untuk Dun Permas. Di hadapan masyarakat pelbagai kaum, saya hamparkan pelbagai kejayaan yang telah dicapai meski dalam tempoh singkat. Ini hanya mampu tโ€ฆ
Yok merahkan Johor! Kepada Allah kita berserah. โ€œSesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.โ€ (Surah An-Nisa: 58) Johor Ke Depan. Undi HARAPAN๐Ÿ”บ๐Ÿšฉ #HARAPANโ€ฆ
Memberi dukungan kepada calon Pakatan Harapan bagi Dun Perling saudara Alan Tee Boon Tsong di pekarangan Perling Mall sebentar tadi. Alhamdulillah, khalayak yang tampil membawa wajah Malaysia yang majmuk dan rencam budaya. Ini semangat yang kita mahu terus mekar demi kepentinganโ€ฆ
Bersama warga Dun Layang-Layang malam ini untuk merahkan gelombang perubahan. Rakyat berbilang kaum turun menyatakan pendirian dan dukungan kepada calon Pakatan Harapan saudara Guna Balakrishnan. Saya yakin beliau akan mewakili Dun Layang-Layang dengan sikap kepedulian yang tinggโ€ฆ
Hadir memberikan mesej jelas kepada warga Dun Bukit Batu untuk mendukung calon Pakatan Harapan saudara Arthur Chiong Sen Sern sebentar tadi. Saya tegaskan agar warga Dun Bukit Batu dan Johor seluruhnya untuk ikut serta dalam arus perubahan demi masa depan yang lebih terangkum danโ€ฆ
Berakhir program di Bukit Kayu Hitam-Sadao, saya terus ke Bukit Gambir, Tangkak untuk bertemu anak-anak pelajar dan warga Johor dalam program Sentuhan Sahabat MADANI bagi berkongsi harapan tentang masa depan pendidikan yang harus menjadi wahana melahirkan insan yang mencari kebenโ€ฆ
Johor memerlukan perubahan dalam pilihan raya esok. HARAPAN bersedia memikul amanah dengan rekod yang telah terbukti di Persekutuan dengan menyelesaikan pelbagai masalah rakyat dan projek-projek yang sekian lama tertangguh, khususnya di Johor. Ayuh mulakan gelombang merah di Johโ€ฆ
Esok hari keramat yang bakal menentukan babak seterusnya dalam ceritera masa depan negeri dan rakyat Johor. Saya menyeru seluruh anak Johor, termasuk yang berada di perantauan supaya pulang dan menggunakan kuasa rakyat untuk memilih kepimpinan yang amanah, berwibawa dan benar-benโ€ฆ
Alhamdulillah, hari ini sekali lagi ketemu PM Anutin bagi menyempurnakan pembukaan jajaran jalan baharu menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand. Sejarah telaโ€ฆ
Sambutan luar biasa daripada rakyat Johor berbilang bangsa tatkala turun ke Senggarang, Rengit dan Puteri Wangsa untuk memberi dukungan kepada calon dan jentera Pakatan Harapan semalam. Terima kasih rakyat Johor yang terus memberi kepercayaan kepada HARAPAN. Johor Ke Depan. Undiโ€ฆ
Alhamdulillah, akhirnya dapat ketemu saudara Abdul Razak dan isterinya, Jamilah, sewaktu kembali ke Senggarang semalam. Terharu dengan tekad saudara Abdul Razak yang sanggup mengerah kudrat mengayuh beca bersama isteri untuk bertemu saya minggu lalu. Terima kasih atas dukungan dโ€ฆ