Thread

Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) petang tadi yang antara lain membincangkan kedudukan semasa keterjaminan makanan negara. Alhamdulillah, bekalan makanan ruji ketika ini stabil dan mencukupi. Keutamaan Kerajaan adalah memastikan bekalan terus terjamin, harga makanan kekal terkawal serta kebajikan pesawah dan pengeluar makanan tempatan dipelihara. MTEN turut memberikan perhatian kepada pengurusan pelarian yang menjadi perhatian rakyat ketika ini. Pendaftaran pelarian secara lebih teratur sedang dilaksanakan, manakala teknologi dan analitik data akan dimanfaatkan bagi membanteras penyeludupan, pemerdagangan manusia, penyalahgunaan dokumen dan kemasukan melalui lorong haram. Kerajaan MADANI berpendirian tegas bahawa tiada mana-mana pelarian yang kebal daripada tindakan undang-undang, termasuk pemegang kad UNHCR. Pelarian yang melakukan jenayah telah pun diambil tindakan, dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan tanpa kompromi selaras dengan undang-undang negara. Mesyuarat hari ini turut meneliti langkah memperkukuh daya tahan sektor pembuatan yang sedang berdepan tekanan akibat krisis bekalan global. Antara yang diberi perhatian ialah industri plastik yang menjadi penyokong kepada pelbagai sektor strategik termasuk pembungkusan makanan, elektrik dan elektronik, automotif serta peranti perubatan. Kerajaan mengambil serius pandangan yang dikemukakan oleh pemain industri. Saya telah mengarahkan MITI bersama Kementerian Ekonomi untuk melaksanakan libat urus lanjut dengan pihak industri bagi merumuskan penyelesaian yang dapat mengurangkan tekanan kos serta memastikan keseluruhan ekosistem pembuatan negara terus berdaya tahan dalam jangka panjang. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
2Curtidas

Nenhum Voo ainda