Thread

Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand (ZEB) bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi membuka lembaran baharu pertumbuhan yang lebih seimbang dan inklusif. Semuanya dirancang bagi memperkukuh jaringan perdagangan, logistik dan pelaburan serantau dan pada masa yang sama, kita mahu limpahan manfaat ini turut dirasai masyarakat setempat, khususnya melalui pembangunan perdagangan serta perusahaan kecil dan sederhana di kawasan sempadan. Inilah ikhtiar Kerajaan MADANI untuk menjadikan wilayah sempadan sebagai pintu pertumbuhan baharu yang membawa lebih banyak peluang pekerjaan, pelaburan dan kemakmuran kepada rakyat. #MalaysiaMADANI#MADANIBekerja#YakinMADANI
1Curtidas

Nenhum Voo ainda