Berakhir program di Bukit Kayu Hitam-Sadao, saya terus ke Bukit Gambir, Tangkak untuk bertemu anak-anak pelajar dan warga Johor dalam program Sentuhan Sahabat MADANI bagi berkongsi harapan tentang masa depan pendidikan yang harus menjadi wahana melahirkan insan yang mencari kebenaran, berakhlak dan berintegriti.
Kerajaan Persekutuan sedang menggerakkan pelbagai ikhtiar, termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi membawa lebih banyak pelaburan berkualiti dan peluang pekerjaan bermaruah. Namun masa depan Johor dan Malaysia akhirnya bergantung kepada generasi yang berilmu, beramanah dan bijaksana, terutama dalam menentukan antara kepimpinan yang berintegriti dengan mereka yang merosakkan amanah rakyat.
Justeru saya tegaskan bahawa ilmu tanpa akhlak hanya akan merosakkan. Kepintaran yang digunakan untuk menyeleweng amanah, mencuri wang rakyat atau menghasut kebencian hanya akan melemahkan negara. Kerana itu Kerajaan MADANI mengambil tanggungjawab memperkukuh kembali tatakelola dan memastikan setiap ringgit dimanfaatkan demi kepentingan rakyat.
Saya meletakkan harapan kepada anak-anak Johor agar terus berani menggapai langit dengan mengejar cita-cita, menggapai ilmu serta teknologi masa hadapan, namun tetap berakar teguh di bumi dengan berpegang pada bahasa, budaya, adab dan nilai kita yang luhur.
Insya-Allah, daripada generasi inilah akan lahir Johor yang lebih maju, makmur dan menjadi kebanggaan seluruh Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Thread
Nenhum Voo ainda