Thread

Menghadiri Malam Wartawan Malaysia MPI 2026 sebagai tanda penghargaan kepada seluruh pengamal media yang saban hari menggalas amanah menyampaikan maklumat yang benar dan bermanfaat kepada rakyat. Tahniah kepada Sinar Harian atas kejayaan meraih Anugerah Kajai, anugerah kewartawanan tertinggi negara. Dalam ucapan, saya menyentuh cabaran era kecerdasan buatan (AI) dan ledakan maklumat tanpa sempadan, serta menegaskan bahawa kewartawanan yang berteraskan fakta, integriti dan tanggungjawab semakin mustahak. Teknologi harus dimanfaatkan untuk memperkasa penyampaian maklumat, namun tidak boleh menghakis nilai kemanusiaan, kewarasan pertimbangan serta disiplin semakan yang menjadi asas profesion kewartawanan. Media yang bebas dan bertanggungjawab mempunyai peranan besar dalam membentuk pemikiran masyarakat, memperkukuh demokrasi serta menyuburkan budaya ilmu dan wacana yang sihat. Teruslah menjadi suara kebenaran, mempertahankan etika dan menggalas amanah ini dengan berani demi kepentingan rakyat serta masa depan negara. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda