Eduardo Martins
23 VoosAlhamdulillah, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Jajahan Pasir Puteh, Kelantan bagi meneliti kemajuan projek serta isu-isu pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Saya menegaskan bahawa setiap perancangan tidak boleh sekadar kekal di atas kertas, sebaliknya mesti dizahirkan melalui tindakan yang tuntas, cekap dan berkesan demi manfaat rakyat. Sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada permasalahan mendesak yang dihadapi rakyat, termasuk usaha mengurangkan risiko banjir melalui penambahbaikan sistem perparitan, saliran dan tebing sungai. Isu keselamatan juga tidak dipinggirkan, dengan penekanan kepada pemasangan lampu solar serta kamera litar tertutup, di samping keperluan menaik taraf infrastruktur, memperkukuh sosioekonomi dan memperluas jaringan kebajikan. Sehubungan itu, saya menyarankan agar satu pelan tindakan yang komprehensif dan bersepadu dirangka melibatkan semua pihak-pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan Persekutuan khususnya dalam menangani isu-isu utama seperti kesihatan, pendidikan dan keterjaminan makanan. Moga segala ikhtiar ini dipermudah dan diberkati, seterusnya mampu mengangkat taraf hidup serta memperkasa kesejahteraan rakyat Kelantan secara menyeluruh, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI