Memulakan hari kedua di Jepun dengan menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa Nikkei Future of Asia di Tokyo bertajuk Navigating Strategic Uncertainty, yang menyentuh cabaran besar yang sedang membentuk semula landskap geopolitik dan geoekonomi dunia.
Tatkala konflik berlarutan, persaingan kuasa besar semakin meruncing, rantaian bekalan global semakin rapuh dan ketidaktentuan ekonomi semakin melebar, dunia tidak boleh terus terperangkap dalam kerangka lama yang melihat hubungan antarabangsa semata-mata melalui lensa persaingan kuasa dan kepentingan sempit.
Asia membangun hasil daripada keterbukaan, perdagangan, pelaburan dan kerjasama. Benar, tatanan dan institusi antarabangsa sedia ada telah membantu mengangkat jutaan manusia keluar daripada kemiskinan. Namun cabaran kita hari ini bukan meninggalkannya, tetapi mereformasi dan memperkukuhnya agar kekal relevan dengan tuntutan zaman yang kian berubah.
Malaysia percaya negara-negara kuasa pertengahan mempunyai tanggungjawab penting dalam usaha ini. Walaupun tidak memiliki pengaruh yang sama seperti kuasa-kuasa besar, kita berupaya memainkan peranan sebagai jambatan persefahaman, membina kesepakatan dan menggalakkan kerjasama ketika dunia semakin cenderung kepada perpecahan.
Saya turut menyentuh soal kecerdasan buatan yang menjanjikan pelbagai manfaat besar kepada manusia. Namun kemajuan teknologi tidak boleh dibiarkan hanya memperkayakan segelintir pihak atau melebarkan kesenjangan. Negara-negara membangun mesti mempunyai suara yang bermakna dalam menentukan tatakelola teknologi yang bakal mempengaruhi kehidupan berbilion manusia.
Dalam dunia yang semakin berpecah, ASEAN kekal relevan sebagai wadah yang mengutamakan keterangkuman, dialog dan kerjasama. Semangat yang sama turut menjadi asas hubungan erat Malaysia dan Jepun dalam memperkukuh kerjasama dalam bidang semikonduktor, peralihan tenaga, ekonomi digital dan kecerdasan buatan, demi membina rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan serta kemakmuran yang dapat dikongsi bersama.
Para pelayar zaman silam tidak mampu mengawal angin atau meramal setiap badai yang mendatang. Namun mereka mempunyai arah tujuan yang jelas. Dunia hari ini tidak kekurangan kuasa, tetapi kekurangan kefahaman bahawa kerjasama sentiasa lebih baik daripada perpecahan, bahawa institusi perlu diperbaharui bukannya ditinggalkan, dan kepimpinan menuntut keberanian untuk membentuk masa depan, bukan sekadar bertindak balas terhadap keadaan.
=====
The sailors of old could not predict every storm, nor could they control the currents. What they possessed was a clear sense of direction.
That lesson remains as relevant today as the world grapples with conflict, strategic rivalry, economic fragmentation, and rapid technological change. Speaking at the Nikkei Future of Asia Conference in Tokyo this morning, I argued that nations must not allow themselves to be driven solely by the logic of power politics or the excesses of realpolitik. The challenge before us is not merely to navigate uncertainty, but to shape a more stable, just, and cooperative international order.
Asia’s prosperity was built on openness, trade, investment, and cooperation. Yet the institutions and frameworks that have supported decades of growth are increasingly under strain. Our task is neither to abandon them nor preserve them unchanged, but to reform and renew them so that they remain relevant to the realities of our time.
As a middle power, Malaysia believes we have a responsibility to help build bridges where others see divides, and foster consensus where others see discord. In a world that is becoming increasingly fragmented, dialogue, cooperation, and mutual respect remain indispensable.
Thread
1Revoo
Nenhum Voo ainda