Thread

Hari ini saya turut menerima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Türkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel, sambil bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa serantau dan global serta usaha berterusan memperkukuh hubungan erat antara kedua-dua negara. Saya turut merakamkan penghargaan atas peranan dan sumbangan Emir Salim sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam memperkukuh persahabatan dan hubungan bilateral Malaysia–Türkiye yang sekian lama terjalin erat berteraskan semangat saling menghormati dan manfaat bersama. Hubungan Malaysia–Türkiye yang kini berada pada tahap Kerjasama Strategik Komprehensif terus menjadi landasan penting dalam memperluas kerjasama merentasi pelbagai bidang strategik termasuk perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, teknologi, pendidikan serta hubungan rakyat dengan rakyat. Moga hubungan akrab antara Malaysia dan Türkiye akan terus diperkasa demi keamanan, kestabilan serantau serta kemakmuran yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. #MalaysiaMADANI#MADANIbekerja#YakinMADANI
2Responder