Thread

Sering saya tegaskan bahawa kecintaan terhadap ilmu tidak seharusnya lahir kerana peperiksaan, pengiktirafan atau janji untuk kedudukan semata. Kerana yang lebih utama ialah tercetusnya rasa nikmat dalam menuntut ilmu, atau apa yang disebut oleh para ilmuwan sebagai lazzatul ma’rifah. Lantaran itu, saya menghargai sambutan luar biasa rakyat terhadap Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun ini bermula hari ini sehingga 7 Jun kelak. Kehadiran ibu bapa, para guru dan pendidik, mahasiswa dan anak-anak memberi isyarar jelas bahawa budaya membaca dan menimba ilmu pengetahuan masih mempunyai tempat yang istimewa dalam jiwa masyarakat. Justeru, cabaran kita dewasa ini bukan lagi soal kekurangan maklumat, tetapi bagaimana memilih ilmu yang bermutu dan bermanfaat. Mari bersama kita manfaatkan kesempatan ini untuk membina generasi yang cintakan pembacaan, luas pengetahuannya, dan teguh nilai kemanusiaannya, demi sebuah Malaysia yang madani, berbudaya dan berperadaban. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
1Curtidas

Nenhum Voo ainda