Hari ini kita mengiktiraf jasa, pengorbanan dan dedikasi para guru yang menjadi tunjang pembinaan anak bangsa serta mencorakkan akhlak, nilai dan ketamadunan negara kita.
Saya sendiri pernah melalui pengalaman sebagai tenaga pengajar ketika menubuhkan Yayasan Anda Akademik pada awal 1970-an. Ketika itu, saya melihat ramai anak muda daripada keluarga susah dan tercicir daripada pendidikan, datang dengan kegelisahan tentang masa depan mereka. Pengalaman itu mengajar saya bahawa tugas seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membina keyakinan, mengangkat maruah insan dan menanam harapan serta cita-cita dalam kehidupan.
Tatkala cabaran dunia menjadi semakin kompleks, peranan guru semakin genting dalam membentuk generasi yang memiliki kekuatan akhlak dan jiwa untuk mewarnai ilmu dengan nilai kemanusiaan serta kebijaksanaan, selaras dengan citra MADANI. Tanpa nilai dan adab, pembangunan hanya akan melahirkan kemajuan yang kehilangan arah.
Moga seluruh warga pendidik terus dikurniakan kekuatan, kecekalan dan iltizam dalam mendidik anak bangsa demi Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan mampan.
Selamat Hari Guru — Guru Bitara Nadi Negara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI