Ambil kesempatan santuni warga PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau bagi melihat sendiri keadaan kehidupan rakyat serta mendengar secara langsung denyut nadi, keluh kesah dan keperluan sebenar mereka di lapangan.
Saya turut menjelaskan langkah yang sedang dan telah diusahakan Kerajaan MADANI dalam mendepani cabaran krisis bekalan serta tekanan kos sara hidup supaya rakyat terus mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak dibiarkan memikul beban ini bersendirian.
Saya juga sempat berbual bersama para penghantar makanan p-hailing mengenai cabaran harian yang mereka tempuhi dalam mencari rezeki. Perkara ini akan saya bawa ke mesyuarat MTEN bagi meneliti ikhtiar terbaik untuk terus membantu golongan pekerja gig.
Sebagai langkah segera demi keselesaan dan kebajikan penduduk di PPR Taman Desa Mutiara, saya mengumumkan peruntukan RM1 juta serta meminta Ahli Parlimen Tebrau bersama wakil penduduk menyelaras segera keutamaan dan keperluan paling mendesak agar pelaksanaannya dapat dipercepat dan manfaatnya benar-benar dirasai.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Thread
1Curtidas
1Revoo
Nenhum Voo ainda