Thread

Alhamdulillah, tahniah kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengiktirafan berprestij yang diterima daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, sekali gus mengiktiraf kecemerlangan Malaysia dalam pengurusan dan kebajikan jemaah haji. Kejayaan ini mencerminkan komitmen, profesionalisme dan dedikasi seluruh warga TH serta petugas haji yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengurus jemaah haji Malaysia. Tahniah juga kepada Amal by Malaysia Airlines atas penerimaan anugerah “Misk Al-Khitam” sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan dalam menguruskan prosedur ketibaan jemaah haji bagi musim Haji 1447H. Pengiktirafan ini membuktikan keupayaan serta kecekapan institusi dan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh mutu perkhidmatan dan mengharumkan nama negara dalam melayani para tetamu Allah SWT. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
3Responder