Thread

Alhamdulillah, pada Jumaat pertama pada bulan Zulhijjah hari ini, saya berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur bersama-sama ahli kariah dan masyarakat setempat. Khutbah hari ini bertajuk “Arafah Hari Kebangkitan” menyentuh keistimewaan Hari Arafah pada 9 Zulhijah yang akan tiba kelak. Perhimpunan besar yang akan berlangsung ini bukan sekadar gambaran kesatuan umat Islam, namun lebih dari itu, kita juga perlu mengangkat nilai dan kualiti umat untuk berhadapan dengan tantangan zaman. Saya doakan agar semua para petugas dan tetamu Allah SWT (Duyufur Rahman) yang istimewa kini terus diberikan kesihatan, memberi sepenuh tumpuan kepada ibadat haji dan memperoleh haji yang diterima Allah SWT. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
1Curtidas

Nenhum Voo ainda