Meraikan para atlet negara dalam Anugerah Sukan Negara 2025 bukan sekadar menghargai kemenangan dan kecemerlangan, tetapi mengangkat pengorbanan, disiplin serta semangat juang luar biasa mereka yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Di sebalik setiap pingat dan kejayaan, ada keringat, air mata serta pengorbanan besar yang wajar dihormati seluruh rakyat. Para atlet bukan sahaja membawa cabaran negara di gelanggang sukan, malah menjadi lambang perpaduan, ketekunan dan semangat tidak mudah mengalah.
Dalam dunia yang sering dipenuhi perbezaan dan pertikaian, sukan menyatukan kita semua. Apabila Malaysia turun gelanggang, yang ada hanyalah satu semangat dan harapan yang dikongsi bersama.
Bagi saya, sukan tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat kerana daripada penyertaan rakyat di setiap lapisan lahirnya kekuatan bangsa dan kecemerlangan negara.
Walaupun negara berdepan cabaran ekonomi semasa, Kerajaan MADANI akan terus memastikan pembangunan sukan serta kebajikan para atlet dipelihara dengan sebaiknya.
Tahniah kepada seluruh penerima anugerah dan juga para atlet yang terus berjuang tanpa pernah mengenal putus asa. Terus tingkatkan prestasi dan melangkah lebih jauh kerana rakyat akan sentiasa berdiri teguh memberi dukungan demi kejayaan Malaysia.
🇲🇾💪🏻
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Thread
Nenhum Voo ainda