Thread

anwaribrahim
Usai istiadat sambutan rasmi, saya dan PM @AlboMP mengadakan pertemuan empat mata dalam membicarakan dan membincangkan pelbagai bidang strategik antara kedua-dua negara. Persahabatan kedua-dua negara terus diperkukuh melalui Perkongsian Strategik Komprehensif yang antara lain berkongsi kepentingan dalam memastikan kemakmuran, keselamatan, kestabilan dan masa depan ekonomi serantau, berasaskan kepercayaan strategik serta komitmen terhadap pasaran terbuka dan perdagangan berasaskan peraturan. Malah kami juga senada dalam menyatakan kebimbangan mendalam terhadap konflik di Asia Barat serta dampaknya, termasuk terhadap rantaian bekalan tenaga, harga serta aliran bekalan penting seperti minyak dan gas asli. Malaysia dan Australia mengiktiraf keperluan untuk saling melengkapi dalam hubungan perdagangan dan ekonomi, khususnya dalam aspek keselamatan tenaga, di mana kedua-duanya berperanan sebagai pembekal tenaga antara satu sama lain. Komitmen juga difokuskan terhadap perdagangan tenaga yang terbuka dan berasaskan peraturan, serta akan memastikan aliran perdagangan yang stabil, berkongsi pandangan secara telus, dan memperkukuh kerjasama dalam keselamatan tenaga. Usaha juga akan dipertingkat bagi memperkukuh daya tahan rantaian bekalan tenaga, menyokong peralihan tenaga dan memperluas penggunaan tenaga boleh baharu, demi menjamin keselamatan dan kemakmuran bersama. / Following the official ceremony, Prime Minister Albanese and I held a bilateral meeting covering key strategic areas. We strengthen our longstanding ties under the Comprehensive Strategic Partnership, particularly in energy cooperation, grounded in mutual trust and a commitment to open, rules-based trade. Both sides expressed concern over the Middle East conflict and its impact on energy supply chains. We reaffirmed our commitment to stable, transparent energy trade, while enhancing cooperation to strengthen supply resilience, support energy transition, and ensure shared security and prosperity. 🇲🇾🤝🇦🇺 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI
1Curtidas
1Responder