Thread

Hampir enam dekad, jasa, pengorbanan dan komitmen warga BERNAMA telah meletakkan agensi ini sebagai antara tonggak penting negara dalam menyampaikan berita yang sahih dan berintegriti. Ini sekali gus memperkukuh kefahaman rakyat, memelihara perpaduan nasional serta mengangkat citra Malaysia di persada antarabangsa tatkala era ledakan teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan lambakan maklumat tanpa sempadan, dan cabaran dunia media yang menjadi semakin kompleks. Selamat ulang tahun ke-59 kepada BERNAMA, moga terus mendukung fakta, etika kewartawanan dan kepercayaan awam, demi memastikan rakyat terus memperoleh maklumat yang benar dan bertanggungjawab. #MalaysiaMADANI#MADANIbekerja#YakinMADANI
1Responder