Thread

Alhamdulillah, pada malam ini saya berpeluang meraikan kehadiran para masyaikh dalam Majlis Ilmu Madani dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur. Selain meraikan para ulama di gedung megah itu, saya turut berkesempatan mengunjungi pameran oleh PNB mengenai program ASNB yang memperkenalkan kaedah Zakat al-Mustaghallat secara Khultah mulai 25 Mei 2026. Saya ingin menzahirkan penghargaan atas perkongsian oleh Sheikh Muhammad Hydara Al-Jilani, Pengerusi Pertubuhan Qadriyya Gambia; Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Pengerusi Yayasan Ar-Ri’ayah dan Sheikh ‘Abd Allah Muhammad Bilal, Presiden Institut Manuskrip Arab, Mauritania. Selain İtu, bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya juga mengalu-alukan kehadiran Sheikh Dr. Walead Mohammad, Pengerusi Komuniti Sabeel; Sheikh Mohammed Amin Kholwadia, Presiden Insititut Etika Al-Amin, Chicago; dan Sheikh Dr. Ahmed Mohamed Saad Al-Azhari, Pengarah Institut Ihsan, United Kingdom (UK) dalam majlis ini. Saya sentuh kepentingan menuntut ilmu dan mengamalkan ilmu yang dipelajari sebagai tanggungjawab semua umat Islam. Dalam negara MADANI, teras kenyakinan kita dalam penguasaan ilmu mesti bertunjangkan asas akidah dan akhlak. Setinggi-tinggi penghargaan atas nasihat dan peringatan serta doa para masyaikh dalam majlis ini. Semoga doa dan harapan yang disampaikan malam ini menjadi barakah kepada Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia. Firman Allah SWT: يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَجِيبُوا۟ لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ ٱلْمَرْءِ وَقَلْبِهِۦ وَأَنَّهُۥٓ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ٢٤ Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (Al-Anfal :24) #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda