Tahniah pasukan negara atas kejayaan muncul juara acara kuadran di Piala Dunia Sepak Takraw selepas menewaskan India 2-0 dalam aksi penuh semangat, disiplin dan daya juang tinggi.
Kejayaan ini bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan anak watan memiliki kecekalan, kesatuan tekad dan kemampuan untuk terus bersaing serta mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.
Syabas wira negara. Semangat juang yang dipamerkan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah! 🇲🇾🏆
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI