Thread

Pulang sebentar ke Pulau Pinang hari ini bagi menghadiri beberapa rencana bersama masyarakat di Permatang Pauh. Sudah pasti destinasi pertama setibanya di sini adalah singgah sejenak di rumah keluarga di Cherok Tok Kun untuk bertemu dan meluangkan sedikit waktu bersama insan tersayang. Dalam kesempatan sama, saya turut meninjau perkembangan Projek Masjid Jamek Cherok Tok Kun yang diharapkan dapat menjadi pusat ibadah, pusat ilmu serta medan penyatuan ummah buat masyarakat setempat. Saya juga menyempurnakan penyerahan lembu korban kepada wakil masyarakat di Cherok Tok Kun sempena sambutan Aidiladha yang akan disambut esok. Semoga segala urusan dipermudahkan dan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi semangat persaudaraan sesama kita, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
1Curtidas
1Revoo
1Responder