Thread

Hari ini saya ke Penampang, Sabah untuk meraikan Pesta Kaamatan bersama rakyat pelbagai suku kaum khususnya Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus. Terhibur dengan sambutan yang begitu meriah, keindahan tarian etnik serta semangat kebersamaan yang diraikan oleh masyarakat Sabah. Ini merupakan kali ketiga saya menghadiri majlis perasmian Pesta Kaamatan sebagai Perdana Menteri. Saya melihat perayaan ini lebih daripada sekadar sambutan tradisi, bahkan menjadi cerminan kekuatan sebuah negara yang mampu memelihara keharmonian dalam kepelbagaian. Saya juga melihat sendiri bagaimana Sabah hari ini semakin menyerlah sebagai antara pemacu penting pertumbuhan negara. Peningkatan pelaburan, kemajuan sektor pelancongan serta pembangunan prasarana yang semakin rancak membuktikan potensi besar negeri ini dalam membina masa depan Malaysia. Saya memahami sentimen rakyat Sabah yang mahukan pembangunan yang lebih adil dan hak-hak negeri yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dipelihara. Kerana itu saya tegaskan sekali lagi tekad Kerajaan MADANI untuk melaksanakan Pemberian Khas Sabah berasaskan 40 peratus hasil seperti yang diperuntukkan dalam MA63. Sementara kadar baharu dimuktamadkan bersama Kerajaan Negeri Sabah, saya mengumumkan peningkatan Pemberian Khas Interim Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion. Peningkatan hampir RM1 bilion ini adalah kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memastikan Sabah menerima layanan yang adil serta manfaat pembangunan yang sewajarnya. Penghargaan setulusnya buat seluruh rakyat Sabah atas sambutan yang begitu mesra dan bermakna. Saya pulang dari Penampang dengan penuh keyakinan terhadap masa depan Sabah yang amat cerah, seiring ikhtiar Kerajaan MADANI untuk memastikan kemajuan dan kemakmuran dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Kotobian Om Taun, Sikaan Tadau Tagazo Do Kaamatan. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
1Curtidas

Nenhum Voo ainda