Thread

Hari ini saya menerima kunjungan hormat delegasi BlackBerry Limited yang diketuai CEO merangkap Presidennya, John Giamatteo bersama pimpinan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi membincangkan usaha memperkukuh kompetensi tempatan dalam bidang keselamatan siber dan teknologi masa hadapan. Alhamdulillah, penubuhan Malaysia CyberSecurity Centre of Excellence (CCoE) di Cyberjaya sejak 2024 telah memberi manfaat besar menerusi pelbagai kursus dan persijilan keselamatan siber yang melibatkan hampir 10,000 penjawat awam serta profesional ICT dalam menghadapi ancaman siber dan cabaran pasca kuantum yang semakin kompleks. Saya turut dimaklumkan mengenai kerjasama strategik melibatkan program Smart Campus, pembangunan teknologi BlackBerry QNX bagi sektor kenderaan elektrik, semikonduktor dan automasi industri, selain inovasi Alat Dialisis Mudah Alih PeritoCare hasil kepakaran anak tempatan. Semoga sinergi kerajaan, industri dan akademia terus diperkasa demi mengangkat inovasi serta teknologi ciptaan anak Malaysia ke persada dunia. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda