Thread

Dalam mesyuarat dua hala antara delegasi kedua-dua negara, saya rakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Jepun, @takaichi_sanae atas sambutan mesra dan layanan amat baik sepanjang lawatan rasmi ini. Jepun adalah sahabat lama Malaysia yang memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan negara sejak 1970-an. Dalam pertemuan ini, bicara kami menyentuh usaha memperkukuh Hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-Jepun serta meneruskan momentum kerjasama yang semakin berkembang antara kedua-dua negara. Perbincangan turut menyentuh pelbagai bidang berkepentingan bersama termasuk keselamatan dan kerjasama maritim, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, pembuatan termaju, mineral kritikal, transformasi hijau, ekonomi digital serta keterjaminan tenaga. Kami juga bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Myanmar dan Asia Barat, di samping membincangkan hala tuju hubungan Malaysia-Jepun pada masa hadapan. Saya yakin persahabatan dan kepercayaan yang sekian lama terjalin akan terus membuka ruang kerjasama baharu yang membawa manfaat dan kemakmuran kepada rakyat kedua-dua negara. ===== I thanked Prime Minister Sanae Takaichi for the warm hospitality extended to me and the Malaysian delegation during this official visit. Japan has long been a close friend of Malaysia and played a pivotal role in our early growth, development and industrialisation. Our discussions focused on strengthening the Malaysia-Japan Comprehensive Strategic Partnership and expanding cooperation in areas of mutual importance, including security and maritime affairs, artificial intelligence, semiconductors, advanced manufacturing, critical minerals, the digital economy, green transformation and energy security. We also exchanged views on regional and international developments, including Myanmar and the West Asia, as well as the future direction of Malaysia-Japan relations. I am confident that the trust and friendship between our two nations will continue to deepen in the years ahead. 🇲🇾🫰🇯🇵 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI
1Revoo

Nenhum Voo ainda