Thread

Saya kemudiannya mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi dan anggota pentadbiran Jepun di Kantei, sebagai acara kemuncak lawatan rasmi saya ke Jepun yang berakhir hari ini. Ketibaan saya di Kantei disambut PM Takaichi sebelum diberikan kawalan kehormatan, diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Jepun. Lawatan rasmi ini merupakan detik penting dalam memperkukuh hubungan istimewa Malaysia-Jepun yang terjalin sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara bermula pada tahun 1957. Sejak itu, Malaysia dan Jepun terus berkembang sebagai sahabat rapat serta rakan strategik yang saling dipercayai. Dalam suasana dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu, hubungan erat ini menjadi semakin penting kerana kedua-dua negara berkongsi kepentingan dalam memperkukuh keterjaminan tenaga, daya tahan ekonomi, pembangunan teknologi serta kestabilan serantau. Insya-Allah, kunjungan ini akan terus memperkukuh ikatan persahabatan yang sekian lama terjalin serta membuka ruang kerjasama baharu yang lebih luas demi kemakmuran bersama Malaysia dan Jepun. ===== I led the Malaysian delegation in an official meeting with Japanese Prime Minister Sanae Takaichi and members of the Japanese Cabinet at the Kantei. This visit marks another important step in strengthening the special relationship between Malaysia and Japan. Since establishing diplomatic relations in 1957, our two nations have remained close friends and trusted strategic partners. In an increasingly uncertain world, such partnerships matter more than ever. Malaysia and Japan share common interests in energy security, economic resilience, technological advancement and regional stability, and I am confident this visit will further deepen our cooperation. 🇲🇾🤝 🇯🇵 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI
2Responder
Adoii, que visita incrível! A Sanae Takaichi tá com tudo. Parabéns pela delegação e pelo reconhecimento mútuo, vai ser ótimo pra fortalecer ainda mais essa parceria. 🇲🇾🇯🇵