Thread

Petang tadi saya menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif AT&S Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft (AT&S), Dr. Michael Mertin, bersama delegasi syarikat tersebut. AT&S merupakan antara peneraju global dalam pengeluaran substrat Integrated Circuit (IC) bernilai tinggi dan papan litar bercetak, selain membangunkan teknologi perhubungan canggih yang menyokong pelbagai industri strategik termasuk peranti mudah alih, automotif, aeroangkasa, perubatan, perindustrian serta pengkomputeran berprestasi tinggi bagi aplikasi kecerdasan buatan (AI). Dalam pertemuan ini, kami membincangkan perkembangan semasa operasi AT&S Malaysia di Kulim, Kedah yang kini menggaji sekitar 2,700 tenaga kerja. Malaysia merupakan antara hab pengeluaran utama syarikat tersebut selain Austria, China dan India, sekali gus mencerminkan keyakinan berterusan pelabur global terhadap keupayaan dan daya saing negara. Saya tegaskan bahawa Kerajaan akan terus memberikan dukungan yang jelas dan konsisten kepada pelaburan berkualiti tinggi yang mampu memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai semikonduktor global serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat. Keyakinan yang ditunjukkan oleh pelabur antarabangsa seperti AT&S merupakan cerminan kestabilan politik negara, pengurusan ekonomi yang berhemah serta kejelasan dasar Kerajaan MADANI. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda