Thread

Hari ini kita memperingati Hari Wartawan Nasional, satu penghargaan kepada para wartawan dan pengamal media yang selama ini menjadi suara rakyat serta antara tiang penting dalam memperkukuh demokrasi negara. Peranan media bukan sekadar menyampaikan berita, tetapi memikul amanah besar untuk menegakkan kebenaran dengan integriti, kredibiliti, keberanian dan rasa tanggungjawab. Dalam era lambakan maklumat dan penyebaran berita tanpa sempadan, pelaporan yang bertanggungjawab amat penting bagi memastikan fakta disampaikan secara tepat, beretika dan tidak menjejaskan keharmonian masyarakat. Moga para wartawan dan pengamal media terus menjadi suara rakyat, pengimbang kuasa dan nurani negara. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda