Alhamdulillah, bersama Azizah saya berkesempatan menyertai ribuan jemaah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Putra dalam suasana yang penuh kesederhanaan, keharmonian dan penghayatan takwa kepada Allah SWT.
Di kesempatan ini, gema takbir Aidiladha dialunkan bersama-sama, di samping mendengar khutbah bertajuk “Pengorbanan Menuntut Keikhlasan” yang mengingatkan kita bahawa pengorbanan sebenar bukan sekadar pada harta dan tenaga, tetapi juga pengorbanan sifat ego, keangkuhan, kebencian serta segala yang menjauhkan diri daripada rahmat dan reda Allah SWT.
Khutbah turut menyeru para jemaah agar terus memperkukuh ukhuwah, menyemai sifat ihsan dan belas kasih sesama insan, serta menjadikan semangat pengorbanan sebagai asas dalam membina masyarakat yang bersatu, berakhlak dan saling peduli antara satu sama lain.
Usai solat, kami sempat bersalaman, bertegur sapa dan bergambar bersama para jemaah sebagai momen meraikan hari yang penuh barakah, kemuliaan dan kesyukuran ini.
Moga Aidiladha kali ini memperteguh keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT, mempererat persaudaraan sesama insan serta menyuburkan semangat pengorbanan dan keikhlasan dalam setiap amal dan kehidupan. Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Thread
Nenhum Voo ainda