Thread

muito louco essa distribuição toda já nas primeiras horas da manhã, né?
anwaribrahim@anwaribrahim

Menyempurnakan agihan 260 ekor lembu korban MADANI kepada masyarakat di Permatang Pauh hari ini yang merangkumi tiga DUN iaitu Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir. Sesungguhnya ibadah korban dan Haji tidak pernah terpisah daripada makna pengorbanan, ketabahan serta kepatuhan yang mutlak kepada Allah SWT sebagaimana dirakamkan dalam Al-Quran al-Karim melalui kisah agung Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Dari pengorbanan itulah lahirnya nilai ihsan, kesabaran dan kekuatan jiwa dalam menghadapi bala’, ujian serta krisis kehidupan. Mata rantai perjuangan para anbiya’ juga sarat dengan penderitaan dan ujian. Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW mengingatkan bahawa manusia yang paling berat ujiannya ialah para Nabi, kemudian orang-orang soleh dan mereka yang menuruti jalan perjuangan tersebut. Maka perjuangan membela nasib rakyat, menegakkan keadilan dan mempertahankan nilai kemanusiaan tidak pernah sunyi daripada cabaran dan pengorbanan. Saya turut teringat kisah Malcolm X yang menemukan makna persaudaraan sejati ketika menunaikan Haji di Makkah. Di tanah suci itu, beliau melihat manusia pelbagai bangsa dan warna kulit berhimpun sebagai satu umat tanpa tembok perkauman dan kebencian. Malah, karya Snouck Hurgronje yang mengkaji masyarakat Islam di Jawa dan Aceh pada zaman penjajahan Belanda turut memberikan satu hakikat penting bahawa umat Islam hanya akan dihormati apabila kuat dari sudut ilmu, akhlak, ekonomi, perpaduan dan kepimpinan bukan sekadar retorik atau emosi yang memecah-belahkan umat. Aidiladha harus mengajar kita bahawa kekuatan umat dan negara tidak dibina atas kebencian dan perpecahan, tetapi melalui pengorbanan, kesatuan hati dan kesediaan memikul amanah demi rakyat serta tanah air tercinta. Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap ikhtiar dan bantuan benar-benar sampai kepada rakyat dengan semangat ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras perjuangan ini. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

1Revoo
1Responder