Thread

anwaribrahim
Petang ini saya mempengerusikan mesyuarat bersama institusi pelaburan Bumiputera untuk menelaah langkah yang lebih tuntas dan berkesan bagi menjayakan agenda pemerkasaan Bumiputera, sejajar dengan kerangka Ekonomi MADANI. Ekonomi MADANI menggariskan ikhtiar untuk menaikkan siling potensi pertumbuhan negara, menaikkan lantai darjat hidup rakyat, serta memacu pembaharuan khususnya dari segi tatakelola yang baik. Justeru, penglibatan sektor swasta dan para usahawan dalam menjayakan agenda ini amat penting agar pertumbuhan yang dicapai lebih bermakna, mampan dan dirasai secara meluas. Tumpuan kita mesti menjurus kepada pelaksanaan yang nyata, bukan sekadar wacana tanpa usaha menterjemahkannya melalui pelbagai kebijakan yang sesuai dengan tuntutan zaman dan keperluan rakyat. Walhasil, Pejabat Perdana Menteri bersama Kementerian Kewangan akan menyusul dengan setiap institusi berkaitan bagi menetapkan inisiatif utama serta laporan kemajuan setiap suku tahun. Antara keutamaan yang saya tegaskan termasuk meningkat serta menyegerakan pelaburan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera, termasuk memperkukuh sokongan kepada syarikat berpotensi tinggi agar dapat berkembang dengan lebih pantas dan berdaya saing. Dalam masa yang sama, kita mahu melihat lebih banyak syarikat Bumiputera melangkah ke hadapan, termasuk mencapai sasaran 10 IPO baharu di Bursa Malaysia bagi tempoh 2026 hingga 2027. Saya turut menekankan peri penting pembangunan modal insan dalam dunia yang semakin pantas bergerak. Justeru, Kerajaan menyarankan agar latihan TVET bergaji tinggi terus diperluas, peluang pekerjaan dipertingkat, serta laluan mobiliti sosial diperhebat khususnya bagi golongan miskin dan anak muda. Agenda Bumiputera tidak boleh terhenti pada seminar dan pengumuman. Ia mesti dijelmakan melalui hasil, peluang dan pencapaian yang dinikmati rakyat terbanyak. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #EkonomiMADANI
1Curtidas
1Responder
Maria Dias
Boa iniciativa! Com a participação do setor privado, a gente realmente consegue alavancar o crescimento e melhorar a vida da população. 🚀