Alhamdulillah saya menerima kehadiran Setiausaha Umum Liga Arab Al-Islami (Muslim World League) merangkap Pengerusi Pertubuhan Ulama’ Islam (Muslim’s Scholar Association) Fadhilatus Syeikh Dr. Abdul Karim Al-Essa serta delegasi bersempena dengan lawatan kerja Syeikh di sini selama dua hari.
Dalam pertemuan yang singkat dan bermakna ini kami membincangkan beberapa isu hubungan antarabangsa serta hubung kait dengan pembelaan masyarakat Islam di seluruh benua yang menghadapi tekanan peperangan dan kezaliman.
Fadhilatus Syeikh juga menegaskan persediaan Muslim World League dalam penganjuran Muktamar Agamawan dan Cendekiawan Pelbagai Agama Seluruh Dunia (International Conference of Religious Leaders) yang akan diadakan pada 12 Jun kelak di ibu negara.
Mendoakan agar segala usaha murni dan kerja amal MWL terhadap Agama Islam serta masyarakat Muslim dan dunia ini diberkati Allah dan mendapat kejayaan seperti yang kita semua harapkan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Thread
1Revoo
Nenhum Voo ainda