Thread

anwaribrahim
Kekuatan Malaysia berpaksikan kepada kepelbagaian budaya, tradisi dan komuniti yang menjadi tunjang kepada perpaduan serta ketahanan negara. Berucap di Visit Malaysia 2026 Vaisakhi Fest, saya menegaskan bahawa kepelbagaian ini bukanlah cabaran untuk ditangani, sebaliknya kekuatan yang wajar diraikan bersama. Di Malaysia, kepelbagaian budaya merupakan elemen penting yang mengangkat semangat kebersamaan, memperkukuh identiti nasional dan menyatukan kita sebagai satu bangsa yang harmoni. Sebagai pengiktirafan terhadap warisan serta sumbangan bersama ini, peruntukan awal sebanyak RM500,000 telah diumumkan bagi menyokong aktiviti dan sambutan komuniti Sikh di seluruh negara. Komuniti Sikh telah lama menjadi sebahagian penting dalam perjalanan Malaysia, menyumbang secara bermakna kepada pembangunan masyarakat serta kemajuan negara. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda