Mengakhiri lawatan ke Pulau Pinang, saya ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang bagi menghadiri Majlis Pengiktirafan NADI oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa.
Saya merungkai istilah “transformasi digital” yang sering kedengaran hebat dan memukau, namun berisiko melebarkan kesenjangan sekiranya ia hanya berlegar dalam wacana elit di kota besar. Justeru, NADI membawa pendekatan berbeza: memastikan kemajuan teknologi maklumat dan kecerdasan buatan benar-benar sampai serta memberi manfaat kepada masyarakat desa.
Kerajaan MADANI melaksanakan agenda ini dengan matlamat yang jelas. Pembangunan digital tidak boleh mencipta jurang baharu, sebaliknya mesti menjadi jambatan yang memperluas peluang dan membuka ruang mobiliti sosial kepada semua.
Pendekatan ini juga seiring dengan prinsip democratisation of access to quality education. Bukan sekadar memastikan semua mendapat pendidikan, tetapi memastikan setiap anak, tanpa mengira latar belakang, berpeluang menikmati pendidikan yang bermutu, termasuk penguasaan teknologi digital sebagai keperluan asas masa kini.
Melalui inisiatif seperti NADI, usaha ini mula menampakkan hasil. Anak-anak yang sebelum ini ketinggalan kini diberi akses kepada pembelajaran digital, bimbingan kemahiran dan peluang baharu yang mampu mengubah masa depan serta membuka ruang peningkatan pendapatan.
Pada masa sama, saya mengingatkan agar agama, nilai dan budaya tidak menjadi korban dalam kita mengejar kemajuan teknologi. Kemajuan tanpa jati diri hanya akan menghilangkan arah.
Semoga ikhtiar ini melahirkan generasi yang celik digital, namun tetap berakar pada nilai, akhlak dan budaya yang membentuk kekuatan masyarakat agar kemajuan ini bukan hanya memanfaatkan segelintir kelompok, tetapi benar-benar dimiliki bersama.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Thread
1Curtidas
Nenhum Voo ainda