Thread

anwaribrahim
📞📞📞 Saya telah mengadakan perbualan telefon bersama Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, dalam suasana Aidilfitri yang penuh makna. Kami bertukar ucapan serta menzahirkan keprihatinan terhadap situasi keselamatan di Asia Barat yang kian meruncing. Saya turut merakamkan takziah atas tragedi nahas helikopter yang meragut nyawa anggota Angkatan Tentera Qatar serta warga Turkiye, dan menzahirkan solidariti kepada keluarga mangsa. Malaysia juga menghargai bantuan Qatar kepada rakyat Malaysia yang terjejas. Malaysia menegaskan sokongan terhadap kedaulatan Qatar serta mengecam serangan ke atas kemudahan LNG Ras Laffan yang kritikal kepada ekonomi global. Kami juga sependapat bahawa semua pihak perlu meredakan ketegangan dan kembali kepada dialog serta diplomasi demi kestabilan serantau. Moga keamanan di Asia Barat dapat segera dipulihkan, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI

Nenhum Voo ainda