Thread

anwaribrahim
Alhamdulillah, sewaktu di Pasir Puteh, saya berkesempatan menunaikan solat Zuhur berjemaah bersama warga setempat dan turut meluangkan masa bertegur sapa dan bersalaman, dalam usaha mengimarahkan institusi masjid sebagai nadi penyatuan ummah. Dalam majlis ramah mesra selepas itu, saya menegaskan bahawa agenda kebajikan rakyat mesti terus dijunjung dan disegerakan, khususnya dalam usaha membasmi kemiskinan yang masih membelenggu sebahagian masyarakat. Sehubungan itu, saya mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan program pembasmian kemiskinan di negeri Kelantan, yang akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Negeri Kelantan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan serta manfaatnya sampai kepada golongan yang memerlukan. Menyentuh insiden kebakaran yang menimpa Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Kampung Kolam, Bachok, saya turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi membantu pihak pentadbiran sekolah membaik pulih prasarana yang terjejas. Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus komited membantu negeri Kelantan dari segenap aspek, demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara dan pembangunan dapat dinikmati secara inklusif oleh semua. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda