Thread

anwaribrahim
Pertemuan bersama pimpinan dan anggota KEADILAN Terengganu hari ini menjadi ruang penting untuk menilai perjalanan perjuangan parti yang berakar daripada semangat reformasi, kekal utuh dalam membela nasib rakyat, khususnya golongan miskin dan terpinggir. KEADILAN tidak boleh sekadar hadir, tetapi mesti menembusi dengan pendekatan yang lebih mengesankan berteraskan fakta, khidmat dan keikhlasan. Sejarah telah membuktikan kemampuan kita, dan kekuatan ini perlu dirangkul semula dengan memastikan setiap kawasan di Terengganu dijaga rapi serta diberi perhatian sewajarnya. Pimpinan dan anggota di setiap cabang mesti memperkukuh organisasi, memperhebat gerak kerja dan turun menyantuni rakyat dengan penjelasan yang jelas mengenai dasar Kerajaan MADANI kerana mereka berhak mengetahui kebenaran, bukan terperangkap dalam fitnah dan dakyah mengelirukan oleh pembangkang. Kita tidak harus tunduk kepada politik sempit yang menolak fakta dan mengangkat sentimen kosong. Sebaliknya, KEADILAN mesti tampil sebagai suara harapan, mengangkat nilai ihsan dan menawarkan penyelesaian nyata demi masa depan rakyat Terengganu dan negara. Insya-Allah, dengan tekad yang jitu, kesatuan yang utuh dan gerak kerja yang berdisiplin, KEADILAN akan kembali menjadi suara yang membela dan memperjuangkan nasib rakyat negeri Terengganu. #MalaysiaMADANI #KitaKEADILAN

Nenhum Voo ainda