Thread

anwaribrahim
Ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan Commonwealth Legal Education Association 2026, saya menegaskan bahawa kita kini berada di ambang satu perubahan besar yang menuntut profesion guaman untuk segera menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, termasuk kemunculan teknologi kecerdasan buatan seperti model bahasa berskala besar dan keupayaan penaakulan yang semakin canggih. Perkembangan ini bukan sahaja mengubah landskap perundangan, malah menuntut kesiapsiagaan yang menyeluruh dari segi kemahiran, kerangka etika serta pendekatan dalam pendidikan undang-undang agar kekal relevan dengan tuntutan zaman. Seiring kita melangkah dalam era perubahan yang signifikan ini, persidangan seumpama ini harus dimanfaatkan sebagai wadah wacana yang bermakna dan berwibawa untuk membincangkan bagaimana undang-undang perlu berevolusi demi memastikan ia terus menjunjung prinsip keadilan, keseimbangan dan nilai kemanusiaan. Dalam masa yang sama, harus diingat bahawa kedaulatan undang-undang dalam hubungan antarabangsa semakin terhakis, apabila prinsip keadilan kerap diketepikan akibat pengaruh kuasa besar serta amalan penguatkuasaan yang bersifat terpilih. Justeru, kedaulatan undang-undang mesti terus dipertahankan sebagai sesuatu yang boleh diakses dan dikuatkuasakan secara sejagat. Integritinya adalah asas penting kepada pembinaan sistem antarabangsa yang adil, stabil dan berteraskan peraturan. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda