Thread

anwaribrahim
Mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah, daerah kesembilan dalam siri ini bagi memastikan dasar yang diumumkan sepanjang tiga tahun lalu benar-benar dilaksanakan dengan berkesan dan memenuhi keperluan rakyat setempat. Saya tegaskan kepada Pegawai Daerah dan pasukannya supaya memberi keutamaan penuh kepada pembangunan 30 bilik darjah baharu di 10 sekolah di daerah ini, dan memastikan pelaksanaannya disegerakan tanpa sebarang kelewatan agar kemasukan murid Tahun 1 tahun hadapan berjalan lancar. Mesyuarat ini turut meneliti pelaksanaan inisiatif yang memberi kesan langsung kepada rakyat, termasuk pembasmian kemiskinan tegar, baik pulih gerai penjaja, SejaTi MADANI, Kampung Angkat MADANI, Sekolah Angkat MADANI, projek khas ekonomi negeri serta aspek keselamatan di Seberang Perai Tengah. Saya ingatkan agar kita tidak mudah berpuas hati dengan angka di atas kertas. Laporan kemiskinan tegar sifar mesti terus disemak di lapangan bersama pemimpin setempat agar tidak ada keluarga yang tercicir. Begitu juga penurunan kadar jenayah, perlu dipastikan berpunca daripada keberkesanan tindakan, bukan kelemahan penguatkuasaan. Keutamaan kita adalah penyelesaian segera kepada masalah setempat yang kritikal, khususnya melibatkan pertanian, saliran, tebatan banjir, pendidikan dan kesihatan. Perkara ini tidak boleh ditangguhkan. Setiap kelewatan membawa kesan kepada kehidupan rakyat yang menunggu penyelesaian. Maka penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri mesti diperkemas agar setiap keputusan diterjemah kepada tindakan yang tuntas. Justeru, saya menetapkan tempoh dua minggu untuk semua pihak melaporkan perkembangan dan tindakan susulan terhadap setiap keputusan yang telah dipersetujui. Kerana akhirnya ukuran sebenar bukan pada apa yang kita umumkan, tetapi pada apa yang benar-benar berubah di lapangan. Rakyat berhak melihat perubahan itu bukan nanti, tetapi sekarang. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
2Revoo

Nenhum Voo ainda