Malaysia dan Lao PDR berkongsi tekad yang utuh untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara serta kemakmuran rantau ASEAN secara keseluruhannya. Dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Lao PDR, TYT Dr. Sonexay Siphandone, kami menzahirkan iltizam untuk memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga boleh baharu, pendidikan tinggi, pertahanan, telekomunikasi dan keterhubungan serantau.
Malaysia turut menyatakan sokongan terhadap usaha memperkasa integrasi ekonomi dan logistik ASEAN termasuk menerusi jaringan rel ASEAN Express yang menghubungkan Malaysia, Thailand, Lao PDR dan China, di samping memperkukuh kerjasama tenaga serantau melalui LTMS-PIP. Dalam semangat Malaysia MADANI dan kebersamaan ASEAN, kita percaya bahawa pembangunan yang mampan, saling menghormati serta perkongsian kemakmuran merupakan wahana penting bagi menjamin kestabilan dan masa depan rantau ini.
🇲🇾🇱🇦
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#ASEAN48
Thread
1Curtidas
Nenhum Voo ainda