Thread

anwaribrahim
Saya kemudiannya mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi meneliti perancangan dasar serta keutamaan kementerian sepanjang tahun ini. Antara yang dibincangkan ialah keperluan mendesak melaksanakan pembenihan awan di negeri-negeri kritikal termasuk Kedah dan Perlis. Saya arahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyegerakan pelaksanaannya, termasuk meneroka penggunaan teknologi dron serta kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menampung kekurangan pesawat bersesuaian, demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Pengurusan NRES turut membangkitkan isu Dara, Amoi dan Kelat, tiga gajah kita yang kini berada di Jepun. Saya mengambil maklum kebimbangan rakyat dan menegaskan bahawa kebajikan haiwan ini mesti menjadi keutamaan NRES dan Zoo Taiping. Sebarang keputusan dan tindakan perlu dilaksanakan berasaskan fakta serta mengambil kira kebajikan terbaik Dara, Amoi dan Kelat. Maklumat yang telus dan berfakta perlu disalurkan secara berterusan agar rakyat mendapat gambaran sebenar mengenai keadaan mereka di sana. Mengakhiri pertemuan, saya tegaskan kepentingan tatakelola yang berkualiti, integriti yang utuh dan sifar toleransi terhadap ketirisan. Inilah asas kepada ikhtiar kita dalam membina Malaysia yang inklusif, makmur dan mampan. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
1Curtidas
1Responder