Thread

anwaribrahim
Menutup tirai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dengan satu kesepakatan yang jelas—ASEAN mesti terus kekal bersatu, tangkas dan berpandangan jauh dalam mendepani cabaran dunia yang semakin rencam dan tidak menentu. Daripada krisis geopolitik, keselamatan tenaga, keterjaminan makanan hinggalah kestabilan rantaian bekalan, rantau ini dituntut untuk bergerak dengan semangat kebersamaan dan tanggungjawab bersama demi mempertahankan keamanan serta kemakmuran serantau. Malaysia menegaskan kepentingan memperkukuh keterhubungan serantau melalui ASEAN Power Grid, memperdalam perdagangan intra-ASEAN, mempercepat kerjasama ekonomi digital serta memperluas jaringan strategik dengan rakan-rakan yang diyakini. ASEAN juga harus terus menjadi suara yang konsisten dalam mempertahankan prinsip dialog, penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa dan penyelesaian damai terhadap setiap pertikaian yang berbangkit. Dalam dunia yang sedang menyaksikan pelbagai penyimpangan terhadap nilai kemanusiaan dan kestabilan sejagat, ASEAN tidak boleh sekadar menjadi pemerhati. Rantau ini mesti tampil sebagai wahana yang memperkukuh keyakinan, menjana pertumbuhan yang lebih adil serta memastikan masa depan yang lebih aman dan mampan buat seluruh rakyat ASEAN. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #ASEAN48

Nenhum Voo ainda