Selamat ulangtahun ke-80 kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Selama lapan dekad, JPJ telah memainkan peranan penting dalam memastikan sistem pengangkutan negara berjalan teratur dan selamat, selari dengan keperluan rakyat dan perkembangan semasa. Dalam keadaan jalan raya yang semakin rumit, tanggungjawab ini menuntut ketegasan, pertanggungjawaban dan kecekapan yang berterusan. Usaha memperkukuh penguatkuasaan serta meningkatkan mutu perkhidmatan harus diteruskan agar keyakinan rakyat terpelihara.
Saya menghargai komitmen seluruh warga JPJ yang terus berkhidmat dengan tangkas dan berintegriti. Semoga institusi ini kekal teguh dalam menjalankan amanahnya demi keselamatan dan kesejahteraan negara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Thread
Nenhum Voo ainda