Alhamdulillah, selamat tiba di Kota Bharu, Kelantan bagi meneruskan usaha mendekati keperluan rakyat serta memastikan agenda pembangunan yang dirancang dilaksanakan dengan tertib dan berkesan.
Usai tiba, saya terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk merasmikan Terminal Baharu, satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan udara negara sekali gus mengangkat Kota Bharu sebagai gerbang utama ke Pantai Timur Semenanjung, dengan keupayaan yang lebih moden dan efisien.
Dalam ucapan, saya menegaskan bahawa pembangunan ini bukan sekadar meningkatkan mutu perkhidmatan, malah berperanan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat, merangkumi sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan yang akan memberi limpahan manfaat kepada rakyat.
Terminal baharu yang lebih besar, selesa dan kondusif ini membuktikan ikhtiar Kerajaan MADANI dalam merancakkan ekonomi Kelantan dan Pantai Timur secara keseluruhannya. Antara lain, terminal ini mampu menampung jumlah pengguna yang lebih besar, iaitu daripada 1.5 juta kepada 4 juta serta membuka laluan baharu ke pasaran antarabangsa.
Bergerak ke hadapan, saya menyeru agar sinergi seluruh jentera Persekutuan dan Negeri terus digembleng untik meneroka peluang dalam pembangunan sektor strategik demi pembangunan Malaysia yang lebih inklusif dan makmur.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI