Thread

anwaribrahim
Selamat menyambut ulang tahun ke-80 buat Radio Televisyen Malaysia (RTM), institusi yang sekian lama menjadi suara rakyat dan denyut nadi bangsa. Dalam lanskap penyiaran yang sedang berubah pantas, ditambah dunia yang tidak menentu serta lonjakan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), peranan RTM semakin kritikal untuk memastikan maklumat yang sahih, berimbang dan berintegriti terus sampai kepada rakyat, tanpa mengorbankan nilai dan kepercayaan. RTM mesti terus memimpin dengan memperkasa bakat tempatan, mengangkat karya anak seni serta memanfaatkan teknologi secara beretika agar kekal relevan, berwibawa dan menjadi wahana pembinaan negara bangsa. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda