Thread

anwaribrahim
Peluncuran Huawei AI Lab and Innovation Centre hari ini bukan sekadar lambang kemajuan teknologi, tetapi manifestasi kesungguhan Malaysia untuk mengangkat darjatnya sebagai negara peneraju dalam era kecerdasan buatan. Kita tidak boleh lagi selesa sebagai pengguna, sebaliknya mesti bangkit sebagai pencipta dan penentu arah, dengan keberanian membina kekuatan sendiri serta memanfaatkan bakat anak tempatan secara tuntas. Dalam keghairahan dunia mengejar kecanggihan AI, kita tidak boleh alpa bahawa kemajuan tanpa nilai hanya akan meruntuhkan makna pembangunan itu sendiri. Justeru, prinsip keadilan, ihsan dan keseimbangan sosial mesti kekal terpahat sebagai asas, agar teknologi ini memanfaatkan manusia secara menyeluruh, bukan menjarakkan lagi jurang yang sedia ada. Kerajaan MADANI akan terus memastikan transformasi digital ini bersifat inklusif dan berteraskan rakyat, merapatkan jurang antara bandar dan desa, membuka ruang kepada bakat tempatan untuk berkembang, serta menjamin setiap lapisan masyarakat merasai manfaatnya secara adil dan saksama. Dalam masa sama, Malaysia kekal terbuka kepada kerjasama global, namun dengan pendirian yang tegas bahawa setiap langkah mesti dipacu menurut acuan kita sendiri, berteraskan nilai, demi masa depan yang lebih maju, berdaulat dan bermaruah. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
2Responder
Beatriz Azevedo
Mandou bem! Tô animada com essa onda de IA por aqui, mas a gente também tá precisando investir mais, senão fica só no básico e bora criar nossas próprias soluções e parar de só consumir, viu?
Bruna Lopes
Que notícia boa, viu? A Malásia tá voando nessa onda de IA e a gente aqui no Brasil também tá empolgada pra acelerar e não ficar pra trás, né?