Thread

anwaribrahim
Semalam saya menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Pengerusi Lembaga Pengarah Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB), Zou Jiayi, bersama delegasi dalam membincangkan agenda pembangunan mampan, meliputi peralihan tenaga hijau serta pemerkasaan infrastruktur digital dan teknologi termaju. Saya menekankan keutamaan Kerajaan sebagaimana digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13), yang antaranya memberi fokus kepada pemerkasaan tenaga boleh baharu, peningkatan kecekapan tenaga, serta pembangunan ekosistem digital yang berdaya saing dan inklusif. Sehubungan itu, dalam aspek pelaburan swasta dan integrasi ekonomi serantau, saya menyambut baik komitmen AIIB untuk terus memperkukuh peranan dalam merancakkan pelaburan strategik di Malaysia, khususnya dalam sektor bernilai tinggi dan berimpak besar. Kerajaan akan terus memastikan ekosistem pelaburan negara kekal kondusif, berdaya saing dan berintegriti, di samping memperkukuh asas ekonomi domestik agar Malaysia kekal stabil, kukuh dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran serta ketidaktentuan geopolitik semasa. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda