Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong bersama warga setempat.
Khutbah bertajuk “Prinsip Kecukupan Dalam Islam” mengingatkan kita akan pentingnya menghayati nilai qanaah, yakni rasa cukup dengan segala yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Dalam suasana dunia yang masih berdepan pelbagai ketidaktentuan akibat konflik di Asia Barat, adalah amat penting untuk nilai qanaah ini terus diperkukuh dalam jiwa umat Islam semua.
Walaupun kesan terhadap negara kita masih terkawal, kita tidak boleh alpa dan mesti sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, sambil terus memperkukuh perpaduan dan daya tahan sebagai sebuah bangsa yang berdaulat.
Usai solat, saya turut berkesempatan beramah mesra dengan para jemaah, dalam semangat silaturahim yang terus mekar di bulan Syawal ini.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI
Thread
Nenhum Voo ainda