Thread

anwaribrahim
Hari ini kita menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan wira-wira yang bukan sahaja menyelamatkan nyawa dan harta benda, malah berperanan besar dalam mengurangkan kerugian yang ditanggung negara. Kepantasan serta kecekapan anggota bomba dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab berjaya meminimumkan kerosakan, sekali gus menyokong kelangsungan pembangunan dan kesejahteraan negara. Moga seluruh anggota bomba dan penyelamat sentiasa dilindungi, dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam memikul amanah, serta terus diberi kecekalan dalam berbakti tanpa jemu. Selamat Hari Bomba! #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
1Curtidas
1Responder