Thread

anwaribrahim
Sewaktu perbualan telefon dengan rakan sejawat dari Pakistan, Shehbaz Sharif, saya mengikuti rapat perkembangan konflik di Asia Barat serta menyambut baik peranan mediasi yang dimainkan oleh Pakistan dalam meredakan ketegangan, termasuk usaha mempertemukan pihak-pihak berkepentingan. Malaysia kekal berpendirian bahawa sebarang inisiatif ke arah menghentikan pertumpahan darah dan memulihkan kestabilan serantau wajar disokong sepenuhnya. Kami turut mengambil kesempatan bertukar ucapan Aidilfitri, sambil mendoakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan buat seluruh rakyat di kedua-dua negara. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda