Dalam sidang media bersama, saya maklumkan bahawa Malaysia akan sentiasa menjadi rakan yang boleh dipercayai kepada Australia serta komited untuk terus memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk tenaga, perdagangan dan pertanian.
Ini dipaksikan menerusi hubungan dua hala yang kukuh terjalin selama ini lantas perbincangan hari ini membolehkan kedua-dua negara meningkatkan kerjasama merangkumi perdagangan, pelaburan dan pertanian, dengan isu tenaga menjadi antara fokus utama.
Malaysia dan Australia berkongsi hubungan saling bergantung yang kukuh dalam sumber tenaga, termasuk bahan api dan gas asli cecair (LNG).
Saya turut menghargai pendirian Australia yang menyeru penamatan permusuhan di Gaza, menyokong bantuan kemanusiaan serta berusaha ke arah penyelesaian berkekalan.
Usai, kami menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Department of Agriculture, Forestry and Fisheries Australia yang andara lain bakal meningkatkan akses pasaran bagi kedua-dua negara, selain memperkukuh kerjasama dalam sektor pertanian termasuk perkongsian kepakaran.
//
At the joint press conference, I affirmed that Malaysia will remain a reliable partner to Australia, committed to strengthening cooperation in key areas such as energy, trade, and agriculture. Built on a strong bilateral relationship, our discussions today further advanced collaboration in trade, investment, and agriculture, with energy, particularly fuel and liquefied natural gas (LNG) as a key focus.
I also welcomed Australia’s call for an end to hostilities in Gaza and its support for humanitarian efforts and a lasting resolution.
🇲🇾🤝🇦🇺
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#DiplomasiMADANI
Thread
2Curtidas
1Revoo
Nenhum Voo ainda