Thread

anwaribrahim
Kerajaan akan terus memperkasa serta mengangkat martabat dan kebajikan warga pekerja, agar sentiasa terbela dan terpelihara, meskipun berdepan pelbagai cabaran ekonomi di peringkat global. Setiap titik peluh, usaha dan pengorbanan warga pekerja dari segenap lapisan yang membina keluarga, memperkukuh organisasi serta mengangkat martabat negara akan terus dihargai dan dimuliakan. Sesungguhnya, setiap amanah yang dilaksanakan dengan jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab merupakan asas kukuh kepada kekuatan serta kemajuan negara. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
1Responder