Thread

anwaribrahim
Pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, petang ini berlangsung dalam semangat persahabatan serantau yang terus diperkukuh demi kesejahteraan bersama rakyat kedua-dua negara. Malaysia menghargai hubungan yang telah lama terjalin dengan Kemboja, termasuk peningkatan hubungan antara rakyat, kerjasama ekonomi serta ikhtiar memperluas jaringan strategik dalam pelbagai bidang. Kami turut menzahirkan komitmen untuk memperhebat kerjasama dalam sektor perdagangan, kewangan, pendidikan tinggi, halal, pertanian dan pelancongan, di samping memperkukuh tatakelola keselamatan serantau khususnya dalam membanteras jenayah rentas sempadan serta penipuan pekerjaan yang semakin membimbangkan. Malaysia juga mengalu-alukan lebih ramai pelajar dan pelancong dari Kemboja ke negara kita selaras dengan semangat keterbukaan dan pembangunan bersama ASEAN. Dalam dunia yang semakin berdepan ketidaktentuan geopolitik dan tantangan ekonomi, ASEAN mesti terus diperkasa sebagai wahana keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau yang berpaksikan saling yakin serta kepentingan bersama. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #ASEAN48

Nenhum Voo ainda